Wednesday, January 27, 2010

Latest Song Recorded


















Semalam sebuah lagi lagu baru yang telah dirakam dengan jayanya oleh Bernard yang berjudul"Sampai Di Sini Saja". Lagu ini berkonsepkan "kumpulan indie band" dan ia merupakan ciptaan beliau sendiri manakala lirik lagu ini pula ditulis oleh beliau dan teman karibnya , Mr. Acis. Menurut Bernard, beliau sangat menyukai dan merasa teruja dengan "music arranggment" yang dibuat oleh Ben Simon untuk lagu ini. Selain itu saya jugak dimaklumkan bahawa lagu ini akan mem "featuring" seorang penyayi & komposer wanita yang memang tidak asing lagi di SMS Studio. Saya sempat menanyakan beberapa soalan kepada Bernard semasa berjumpa dengan beliau , di antaranya ialah mengenai jenis2 genre muzik yang terdapat dalam album beliau. Menurut beliau, selain genre R&B, beliau jugak membawa genre muzik Ballad, Blues, Groove & Reagge.

Tuesday, January 26, 2010

SEKADAR INFO

Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 2 MTV lagu Dusun Bernard yang telah ditayangkan di Muzik Aktif Channel 180 pada tahun lalu. 2 buah lagu tersebut adalah "Kada Oku Olingai" dan "Siongoh Noh". Lagu "Kada Oku Olingai" adalah merupakan lagu ciptaan beliau sendiri, manakala Lagu "Siongoh Noh" jugak merupakan lagu beliau sendiri dan lirik pulak ditulis oleh beliau dan kawan karib beliau yang bernama Wolney Owen. Menurut Bernard, Wolney Owen adalah merupakan seorang local Song Writer yang berbakat besar dan mampu bersaing dengan local song writer yang lain dan menurut Bernard, beberapa buah lagu yang terkandung dalam album beliau adalah hasil penulisan beliau. Saya jugak mengharapkan kepada mereka2 yang berbakat dalam bidang penulisan lirik ini, haruslah mengetengahkan dan mempromosikan hasil2 kerja mereka di internet khasnnya.

Work Progress

27 Jan - Sebelum itu saya sebagai wakil Bernard (penulis assistant) blog ini ingin mengucapkan "Thanx a lot" sekali lagi kepada semua pembaca2 blog yang sudi melawat dan berchat bersama Bernard. Apa yang ingin saya kongsikan kepada anda hari ini ialah mengenai aktiviti2 yang akan dilakukan oleh Bernard sepanjang hari ini. Saya difahamkan bahawa malam ini beliau akan meneruskan proses rakaman suara dan saya diberitahu lagu yang akan di "voicing" malam ini ialah berjudul "kakal Kosorou Diya", lagu ini merupakan lagu Dusun pertama ciptaan beliau dan lirik lagu ini ditulis oleh beliau bersama-sama dengan teman karibnya iatu Carol Liew Stanley. Semasa berjumpa dengan beliau kelmarin Saya sempat bertanya mengenai pengalaman beliau semasa berada di "voicing room". Beliau mengatakan bahawa persaan berada di bilik tersebut memang cukup mendebarkan dan macam2 yang difikirkan terutama sekali "Pitching". Walaubagaimanapun beliau memberi nasihat supaya sentiasa fokus, bersedia, minum air suam dan memahami setiap jalan cerita sesebuah lagu. Beliau menambah, bahawa tips2 tersebut dapat menghasilkan mutu rakaman yang berkualiti.

Monday, January 25, 2010

Song Progress

Hari ini 26hb January, Bernard berada di studio rakaman SMS Studio untuk meneruskan rakaman lagu beliau. Selain meneruskan rakaman, beliau jugak telah membuat 1 demo lagu terbaru beliau yang berjudul "Sampai Di Sini Saja" dan lagu ini jugak akan dimuatkan dalam album terbaru beliau. Saya jugak difahamkan bahawa selain menjadi artis rakaman, beliau jugak sibuk dengan karier utama beliau iaitu, Make-up Artist. Walaubagaimapun saya berharap agar Bernard dapat membahagikan masa dengan baik. Setakat ini dulu song progress kita hari ini......

Buat julung kalinya, blog ini adalah dibuat untuk memperkenalkan seorang artis baru tempatan Sabah yang dicungkil bakatnya melalui pertandingan realiti nyayian "The Next Top Entertainer" yang dianjurkan oleh Kadus Entertainment pada tahun 2009. Selepas bergelar finalist dalam pertandingan tersebut, beliau telah mendapat tajaan daripada seorang pensyarah Maktab Perguruan Sabah untuk merakamkan sebuah album solo tempatan di Syarikat Rakaman SMS Studio yang terletak di Pekan Kota Belud. Studio rakaman ini diurus dan di kendalikan oleh Ben Simon Bukag. Album beliau berkonsepkan R&B dan beliau jugak membawa pelbagai genre muzik seperti Pop Rock, Balada dan Etnik di dalam album beliau.


:: Biodata ::
Nama : Laimen @ Bernard Micheal
Asal : Beluran, Sabah
Umur : 30
Kerjaya : Freelance Make Up Artist
Pencapaian dalam bidang nyayian :
1993 - Naib Juara Pertandingan Nyayian Sugandoi Beluran
- Johan Pertandingan Lagu Dangdut Beluran
1995 - Naib Juara Pertandingan "Talent Time" KFC, Sdkn
-Tmpt ke 3 Pertandingan Karoke Alumni St.Marys,Sdk
1998 - Naib Juara Pertandingan Karaoke terbuka UMS, KL
2003 - Naib Juara Pertandingan Sugandoi Telupid
2004 - Juara Pertandingan Sugandoi Beluran
2006 - Naib Juara Pertandingan Karaoke Magma Club, KK
2007 - Juara Pertandingan Karaoke Cempaka Club, KK
2009 - Finalist "KE Next Top Entertainer"