Wednesday, January 27, 2010

Latest Song Recorded


















Semalam sebuah lagi lagu baru yang telah dirakam dengan jayanya oleh Bernard yang berjudul"Sampai Di Sini Saja". Lagu ini berkonsepkan "kumpulan indie band" dan ia merupakan ciptaan beliau sendiri manakala lirik lagu ini pula ditulis oleh beliau dan teman karibnya , Mr. Acis. Menurut Bernard, beliau sangat menyukai dan merasa teruja dengan "music arranggment" yang dibuat oleh Ben Simon untuk lagu ini. Selain itu saya jugak dimaklumkan bahawa lagu ini akan mem "featuring" seorang penyayi & komposer wanita yang memang tidak asing lagi di SMS Studio. Saya sempat menanyakan beberapa soalan kepada Bernard semasa berjumpa dengan beliau , di antaranya ialah mengenai jenis2 genre muzik yang terdapat dalam album beliau. Menurut beliau, selain genre R&B, beliau jugak membawa genre muzik Ballad, Blues, Groove & Reagge.

No comments:

Post a Comment