Wednesday, February 17, 2010

SEKADAR INFO

Menurut Bernard, beliau akan berehat selama 2 minggu dan akan menyambung semula rakamannya pada awal bulan March nanti. Pada masa sekarang Bernard berada di kampung halamannya di Beluran dan saya jugak difahamkan bahawa beliau sedang mencipta sebuah lagi lagubaru lagi.

Wednesday, February 10, 2010

INFO TERKINI















Pada 13hb Febuary ini, Bernard akan muncul di Radio RTM buat kali pertamnya dalam rancangan "Bah ngam lai tu" pada pukul 2.00 ptg. Kepada mereka yang ingin bercakap dan mendengar lagu beliau dimainkan di udara, silalah mengikuti rancangan itu nanti.

Seorang lagi duet Bernard dalam album beliau


Beliau ialah Milhayane Namih atau lebih dikenali sebagai Hanie, beliau berumur 25 tahun dan berasal dari kg.Ratau, Kota Belud. Hanie mula menyanyi sejak primary school lagi dan beliau aktif menyayi di Sekolah dan Gereja. Pada tahun 2001 beliau telah memenangi satu pertandingan nyayian di SMK Narinang, Kota Belud. Selain itu, beliau jugak pernah menyertai pertandingan Koir Sekolah sehingga ke peringkat Negeri pada tahun yang sama. Menurut Bernard, beliau akan berduet dengan Hanie menerusi lagu "Pologoson Oku Mupus Diya". Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Benn Simon dan lagu ini berentak ala-ala latin dan mengisahkan sebuah percintaan di antara sepasang kekasih. Saya sempat bertanya dengan Hanie mengenai persaan beliau berduet dengan Bernard, semasa melawat beliau di lokasi "Photoshoot" pada 7hb yang lepas. Beliau mengatakan bahawa persaannya begitu gembira dan excited sekali kerana diberi peluang untuk berduet dengan Bernard di dalam album beliau nanti. Menurut Hanie, beliau akan membuat yang terbaik untuk lagu duet itu nanti.

Wednesday, February 3, 2010

Apa aktiviti hari ini??

Menurut bernard, beliau akan merakamkan 1 lagi lagu melayunya yang berjudul "Kau S'slalu MilikKu". Lirik lagu ini ditulis oleh beliau sendiri dan teman karibnya, iaitu Larry@ RV. Lagu ini berentak sentimental R&B dan dicipta pada tahun 2009. Saya difahamkan bahawa lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman cinta daripada salah seorang teman karibnya. Ini bermakna 2 buah lagu melayu akan dimuatkan dalam album beliau nanti dan saya sempat mendengar demo lagu tersebut di studio semasa saya melawat beliau semalam. Apa pun saya mengharapkan lagu ini akan mendapat tempat di hati para pendengar muzik di Sabah khususnya.

COVER ALBUM
















Menurut Bernard, cover album beliau direka khas oleh seorang photographer yang semakin dikenali pada masa kini, beliau yang dimaksudkan ialah Joseph Balanjiu Junior, sila rujuk FB beliau >>http://www.facebook.com/home.php#!/jbalanjiu?ref=ts & http://o2c-family.blogspot.com/. Menurut Bernard, semua gambar-gambar untuk kulit cover album yang diambil adalah di sekitar bandar Kota Kinabalu dan terdapat 2 orang lagi photographer yang membantu beliau pada masa "photo shooting" itu dijalankan, mereka ialah Qisthine Syl & Mesh Salimun . Saya difahamkan bahawa konsep cover album Bernard nanti adalah berkonsepkan R&B dan beliau telah memberi sepenuh kepercayaan kepada photographernya untuk melakukan yang terbaik untuk cover album beliau nanti. Menurut Joseph B. Junior, beliau telah menunjukan 30 contoh cover album keapada Bernard. Walaubagaimanapun Bernard masih belum dapat memberi keputusan untuk menentukan cover album yang sesuai dengan konsep album beliau. Apa pun Bernard akan memaklumkan secepat mungkin berhubung dengan pemilihan cover album beliau nanti.

Tuesday, February 2, 2010

2 Lagu Dusun Versi Baru

Semalam 2 buah lagu dusun telah recorded semula dengan versi yang baru. Muzik arrangment telah dibuat oleh Benn Simon, dan menjadikan lagu ini berbeza dengan versi yang disiarkan di Channel 180. 2 buah lagu tersebut adalah "Kakal Kosorou Diya" dan "kada Oku Olingai" Menurut Bernard lagu "Kakal Kosorou Diya" adalah merupakan lagu pertama ciptaan beliau pada tahun 2007, lirik ditulis oleh beliau dan jugak Carol Stanley Liew (Unduk Ngadau Tambunan 2005 & Unduk Ngadau Sandakan 2007). Sedikit latar belakang mengenai penulis lirik ini, Ms.Carol berasal dari Tambunan dan menurut Carol, Ibu bapa beliau jugak aktif bermain muzik (keyboard) sehingga ke hari ini, dan menurutnya lagi bapa beliau Mr.Stanley memang dikenali di daerah Tambunan. Ini adalah kali pertama Ms.Carol menulis lirik dalam hidupnya dan tidak menyangka bahawa beliau jugak mempunyai bakat dalam penulisan lirik lagu . Menurut Bernard lirik yang ditulis oleh Ms.Carol tersebut adalah berdasarkan dari kisah cintanya dulu. Gabungan melody dan lirik yang mantap untuk lagu "Kakal Kosorou Diya" ini bisa menyentuh perasaan kepada sesiapa yang mendengarnya.

Monday, February 1, 2010

Siapakah duet Bernard dalam album beliau?

Menurut Bernard, seorang penyayi wanita yang jugak merupakan finalist KENTE 1 akan berduet dengan beliau menerusi lagu "Songulun Koupusan Ku", beliau yang dimaksudkan ialah Marlleynney Fane J.L Paul , beliau adalah seorang pelajar UMS yang berasal dari Kudat dan merupakan seorang penyayi R&B yang versetile, di antara pencapaian terbaik beliau dalam bidang seni suara ialah beliau pernah menjadi Johan UMS Idol pada tahun 2007, Naib Johan Idola Bandaraya pada tahun 2008 dan Johan "I GOT TALENT" pada tahun 2009. Menurut Bernard beliau ingin berduet dengan beliau kerana beliau mempunya kecenderungan yang sama menyayikan lagu2 R&B n Soul. Menurut bernard lagi, lagu "Songulun Koupusan Ku" amat sesuai untuk mereka kerana mempunyai chemistry yang sama. Lagu ini di cipta oleh Bernard dan lirik ditulis oleh wolney owen dan lagu ini mengisahkan cinta seorang lelaki kepada kekasihnya yang sangat mendalam sehingga tiada siapa yang dapat menghalang mereka dan hanya kesetiaan yang dipinta kerana hanya kekasihnya saja yang bertakhta di hati. Saya difahamkan selain Marlleynney, seorang lagi penyayi wanita yang akan berduet dengan Bernard dalam album beliau , penyayi tersebut telah dicungkil bakat nyayianyanya oleh Ben Simon dan mempunyai suara yang cukup mantap. Kita akan berpeluang berkenalan dengan beliau di minggu hadapan.