Wednesday, February 10, 2010

Seorang lagi duet Bernard dalam album beliau


Beliau ialah Milhayane Namih atau lebih dikenali sebagai Hanie, beliau berumur 25 tahun dan berasal dari kg.Ratau, Kota Belud. Hanie mula menyanyi sejak primary school lagi dan beliau aktif menyayi di Sekolah dan Gereja. Pada tahun 2001 beliau telah memenangi satu pertandingan nyayian di SMK Narinang, Kota Belud. Selain itu, beliau jugak pernah menyertai pertandingan Koir Sekolah sehingga ke peringkat Negeri pada tahun yang sama. Menurut Bernard, beliau akan berduet dengan Hanie menerusi lagu "Pologoson Oku Mupus Diya". Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Benn Simon dan lagu ini berentak ala-ala latin dan mengisahkan sebuah percintaan di antara sepasang kekasih. Saya sempat bertanya dengan Hanie mengenai persaan beliau berduet dengan Bernard, semasa melawat beliau di lokasi "Photoshoot" pada 7hb yang lepas. Beliau mengatakan bahawa persaannya begitu gembira dan excited sekali kerana diberi peluang untuk berduet dengan Bernard di dalam album beliau nanti. Menurut Hanie, beliau akan membuat yang terbaik untuk lagu duet itu nanti.

No comments:

Post a Comment