Tuesday, February 2, 2010

2 Lagu Dusun Versi Baru

Semalam 2 buah lagu dusun telah recorded semula dengan versi yang baru. Muzik arrangment telah dibuat oleh Benn Simon, dan menjadikan lagu ini berbeza dengan versi yang disiarkan di Channel 180. 2 buah lagu tersebut adalah "Kakal Kosorou Diya" dan "kada Oku Olingai" Menurut Bernard lagu "Kakal Kosorou Diya" adalah merupakan lagu pertama ciptaan beliau pada tahun 2007, lirik ditulis oleh beliau dan jugak Carol Stanley Liew (Unduk Ngadau Tambunan 2005 & Unduk Ngadau Sandakan 2007). Sedikit latar belakang mengenai penulis lirik ini, Ms.Carol berasal dari Tambunan dan menurut Carol, Ibu bapa beliau jugak aktif bermain muzik (keyboard) sehingga ke hari ini, dan menurutnya lagi bapa beliau Mr.Stanley memang dikenali di daerah Tambunan. Ini adalah kali pertama Ms.Carol menulis lirik dalam hidupnya dan tidak menyangka bahawa beliau jugak mempunyai bakat dalam penulisan lirik lagu . Menurut Bernard lirik yang ditulis oleh Ms.Carol tersebut adalah berdasarkan dari kisah cintanya dulu. Gabungan melody dan lirik yang mantap untuk lagu "Kakal Kosorou Diya" ini bisa menyentuh perasaan kepada sesiapa yang mendengarnya.

No comments:

Post a Comment