Wednesday, February 3, 2010

Apa aktiviti hari ini??

Menurut bernard, beliau akan merakamkan 1 lagi lagu melayunya yang berjudul "Kau S'slalu MilikKu". Lirik lagu ini ditulis oleh beliau sendiri dan teman karibnya, iaitu Larry@ RV. Lagu ini berentak sentimental R&B dan dicipta pada tahun 2009. Saya difahamkan bahawa lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman cinta daripada salah seorang teman karibnya. Ini bermakna 2 buah lagu melayu akan dimuatkan dalam album beliau nanti dan saya sempat mendengar demo lagu tersebut di studio semasa saya melawat beliau semalam. Apa pun saya mengharapkan lagu ini akan mendapat tempat di hati para pendengar muzik di Sabah khususnya.

No comments:

Post a Comment