Wednesday, February 9, 2011

ALBUM SOLO


On behalf of Bernard, saya selaku Secretarynya MEMOHON MAAF kerana terlalu lama tidak mengupdate blog ini diatas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Menurut Bernard, album solo beliau telah 100% siap di mastering dan kemungkinan dalam minggu ini, album beliau akan di hantar ke KL untuk proses cetakan. Menurut beliau, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan oleh Benn Simon Bukag yang beliau anggap sebagai seorang yang multiple talented di Sabah. Di antara penulis-penulis lirik yang telah berkerjasama di dalam pembikinan album beliau ialah seperti Abby Liew, Benn Simon Bukag, Carol Liew, Acis, Lainjih Anggalong, Raymond Ashley Wong & Wolny Owen. Terdapat 11 lagu yang akan dimuatkan dalam album beliau seperti, I Love You (Be The Right Man), Kakal Kosorou Diya, Kada Oku Olingai, Nomboo No, Pologoson Oku Mupus Diya(Featuring Haney), Rati Do Piginawaan, Haruskah Ku Cinta, Sundait, Songulun Koupusan ku(Featuring Marlleynney), Tupus Di Natalup & Sampai Di Sini Saja (Featuring Qolo). Beliau berharap album ini akan mendapat hati di hati para pendengar lagu-lagu tempatan.Menurut Bernard lagi, album ini memerlukan jangka masa yg agak lama untuk disiapkan kerana beliau ingin memastikan lagu-lagu yang dimuatakan dalam album itu adalah yang berkualiti. Menurut beliau lagi ini adalah cuma percubaan pertama dalam bidang seni dan beliau akan berusaha untuk memperjuangkan lagu-lagu tempatan.

5 comments:

  1. Album yang di tunggu2 sy rasa. Ini akan menjadi salah satu titik perubahan dalam industri seni suara di Negeri Sabah, khususnya di kalangan peminat music tempatan KadazanDusun. All The Best to you Bernard.

    ReplyDelete
  2. Bonod..cant wait for ur album..:)

    ReplyDelete
  3. Otung, Gaman & Pitot.....THNX 4 UR SUPPORT

    ReplyDelete