Sunday, February 13, 2011

INFO TERKINI

Pada 14hb February 2011, kisah Bernard dengan albumnya akan disiarkan di Sabah Times. Akhbar tempatan ini merupakan salah sebuah akhbar yang "estabalished" d Sabah dan mempunyai pembaca yang paling ramai. Menurut Bernard, beliau telah berkongsi cerita mengenai pembabitan awalnya dalam bidang nyayiannya serta menceritakan sedikit sebanyak mengenai album solo beliau yang tidak lama lagi berada d pasaran. Berikut adalah beberapa soal jawab diantara beliau dengan wartawan Sabah Times:::::

* Ceritakan tentang album yang bakal dikeluarkan?

- Konsep? R&B

- Tajuk album? Nipi ku (BM: Mimpi Ku)
Memilih tajuk album ini kerana kebanyakan lagu-lagu dalam album saya berbentuk “easy listening” yang boleh merehatkan minda seseorang.

-senarai lagu?

01. I LOVE YOU D (BE THE RIGHT MAN)
02. KAKAL KOSOROU DIYA
03. KADA OKU OLINGAI
04. NOMBOO NO
05. POLOGOSON OKU MUPUS DIYA(Featuring Haney)
06. RATI DO PIGINAWAAN
07. HARUSKAH KU CINTA
08. SUNDAIT
09. SONGULUN KOUPUSAN KU (Featuring Marlleynney)
10. TUPUS DI NATALUP
11. SAMPAI DI SINI SAJA (Featuring Qolo)


- Siapa composer, penulis lirik atau apa2 lah yang terlibat?

9 drp 11 lagu di dalam album saya, adalah merupakan lagu hasil ciptaan saya sendiri. Lagu “ Pologoso Oku Mupus Diya” ditulis oleh Benn Simon Bukag manakala lagu “Sundait”pula dicipta oleh abang ipar saya iatu Lainjih Anggalong. Diantara penulis-penulis lirik yang berkerjasama menjayakan album saya ialah Abby Liew, Benn Simon Bukag, Carol Liew, Acis, Lainjih Anggalong , Raymund Ashley Wong & Wolny Owen


-bila lancar?

Masih di dalam perbincangan tetapi tarikh & tempat pelancaran akan dimaklumkan di FaceBook.

-lagu mana yang dijangka hit?

Saya pun tidak dapat menjangkakan lagu mana yang bakal menjadi hit. Bagi saya ini adalah terpulang kepada para pendengar sendiri untuk menentukannya. Walaubagaimanapun saya berharap agar semua lagu-lagu saya akan diterima dan dapat memberi kesan kepada para pendengar.


* Ceritakan tentang penglibatan dalam bidang muzik?
-sejak bila?

Pada umur 11 tahun, saya sudah mula menunjukan minat terhadap bidang muzik dengan menyertai pertandingan Bintang Kecil di kampung saya pada tahun 1988. Pada umur 16 tahun saya mula berjinak-jinak menyertai pertandingan nyayian yang lebih besar seperti pertandingan nyayian Sugandoi. Dari tahun 1993 sehingga tahun 2009, saya telah banyak menyertai pertandingan Nyayian bukan sahaja di Daerah Sandakan tetapi jugak di luar kawasan Sandakan, spt di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Pada tahun 2007 Saya mula cuba berjinak-jinak di dalam bidang penulisan lirik lagu dan pada masa itulah saya mula menyedari bahawa selain menyayi, saya jugak mempunyai bakat dalam penulisan lirik lagu. Selepas itu saya terus mengasah bakat tersebut dengan bantuan dan dorongan daripada kawan-kawan saya. Pada tahun 2008 barulah saya berpeluang merakamkan album.dan masa yang saya ambil untuk menyiapkan album sulung saya ialah selama 3 tahun.


-bagaimana boleh terpikat dalam bidang nyanyian?

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa “kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”
Jadi dengan adanya bakat seni yg diperturunkan oleh kedua ibu bapa saya ini lah yg membuat saya terpikat untuk menceburi bidang nyayian ini dan seterusnya berazam untuk menjadi penyayi & composer yang professional di masa akan datang.

- siapa dorong?
Ibu bapa, keluarga & kawan2


- senaraikan juga kejayaan2 yang pernah dicapai atau pertandingan yang pernah disertai.

1989- Naib Juara Bintang Kecil, Beluran.
1993 - Naib Juara Pertandingan Nyayian Sugandoi Daerah Beluran & Johan Pertandingan lagu Dangdut
1995 - Naib Juara Pertandingan "Talent Time" KFC, Sdkn
-Juara “Talent Time” Anjuran Sek.Men Keb. Elopura
-Tmpt ke 3 Pertandingan Karoke Alumni St.Marys,Sdk
1998 - Naib Juara Pertandingan Karaoke Terbuka UMS, KL
2003 - Naib Juara Pertandingan Sugandoi Telupid
2004 - Juara Pertandingan Sugandoi Beluran
2006 - Naib Juara Pertandingan Karaoke Magma Club, KK
2007 - Juara Pertandingan Karaoke Cempaka Club, KK
2009 - Finalist "KE Next Top Entertainer"


* Kenapa berani ambil risiko keluarkan album sedangkan pasaran muzik Sabah boleh dianggap sebagai kurang menyerlah?

Walau apa juga bidang sekali pun yang hendak kita ceburi, sememangnya kita tidak akan terlepas daripada menghadapi segala kemungkinan risiko-risiko yang akan berlaku. Bagi saya apa yang penting sekali ialah kita haruslah sentiasa berfikiran positif, yakin dengan kebolehan dan bakat yang kita miliki serta sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik .Pada saya, saya kurang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa pasaran muzik di Sabah dianggap sebagai kurang menyerlah. Sebenarnya perkembangkan muzik tempatan kita pada hari ini semakin berkembang dan menyerlah dengan kemunculan artis-artis baru dengan membawa konsep album yang moden dan “up to date”. Ini sekali gus membawa satu revolusi baru terhadap muzik tempatan kita. Sebenarnya pasaran muzik Sabah dianggap kurang menyerlah, disebabkan kurangnya pendedahan kepada pendengar-pendengar tempatan terhadap muzik tempatan kita. Oleh itu saya berazam untuk memperjuangkan muzik dan Negeri Sabah yang selama ini masih dianggap produk - produk tempatannya yang jauh ketinggalan dan kurang berkualiti, jika dibandingkan dengan produk-produk antarabangsa. Sememangnya muzik Sabah mampu bersaing dengan muzik antarabangsa, sekiranya kita mempertingkatkan lagi susunan muzik serta kualiti lagu-lagu tempatan kita. Saya berharap agar lebih ramai anak-anak muda tempatan kita, menceburi bidang muzik ini, kerana masa depan muzik Sabah terletak di tangan generasi pada masa kini. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan memartabatkan muzik kita???

* selain dari menyanyi minat buat apa lagi?

Selain menyayi saya jugak berminat dalam bidang “MAKE-UP”, kerana bakat melukis yang ada dalam diri saya ini dapat saya gunapakai untuk menceburi bidang ini dan seterusnya mempertingkatkan kemahiran serta dapat memperkembangkan bakat seni saya. .

No comments:

Post a Comment